Asal Usul Nasi Lemak, isaku-ikisu

Asal Usul Nasi Lemak, isaku-ikisu - Hallo sobat blogger yang berbahagia Misteri yang ada di dunia, Posting yang saya unggah pada kali ini berisi tentang misteri, dengan judul Asal Usul Nasi Lemak, isaku-ikisu , Artikel ini bertujuan untuk memudahkan kalian mencari apa yang kalian inginkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk kalian baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel asal mula, Artikel Asal Usul, yang kami tulis ini dapat kalian pahami dengan baik, semoga artikel ini berguna untuk kalian, jika ada kesalahan penulisan yang dilakukan oleh penulis mohon dimaafkan karena penulis masih newbie. baiklah, selamat membaca.

Judul : Asal Usul Nasi Lemak, isaku-ikisu
link : Asal Usul Nasi Lemak, isaku-ikisu

Baca juga


Asal Usul Nasi Lemak, isaku-ikisu

Asal Usul Nasi Lemak - Asal usul Nasi Lemak di Malaysia telah diketahui oleh orang ramai. Nasi Lemak merupakan makanan tradisional Melayu yang berasal dari Semenanjung Malaysia sejak zaman dahulu. Sehingga zaman terkini, Nasi Lemak telah menjadi makanan yang sangat popular dan dijadikan makanan ruji hajian tanpa mengira pagi, petang ataupun malam. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada cara penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Oleh itu, Asal Usul Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak.

Asal Usul Nasi Lemak


Asal Usul Nasi Lemak adalah berasal dari tanah semenanjung Malaysia. Nasi Lemak juga menjadi makanan popular di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Pada era kesultanan Melaka, ada sepasang ibu dan anak bernama Mak Kuntum dan Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di selat melaka. Oleh sedemikian, Mak Kuntum terpaksa bekerja mengambil upah mengurut untuk menyara kehidupan sendiri dan anaknya. Mak Kuntum sentiasa keluar pada setiap awal pagi untuk mencari pelanggan. Seri terpaksa tinggal seorang diri di rumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, mengemaskan rumah dan sebagainya.

Pada suatu hari, Seri sudah timbul rasa jemu dengan nasi dan lauk-pauk kerana masak dengan cara yang sama. Oleh sebab itu, Seri mula memikirkan cara lain untuk memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas ke dalam nasi yang sedang dimasak. Selepas itu, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut supaya dapat membangkitkan seleranya dan ibunya.

Pada waktu tengah hari, semasa Mak Kuntum pulang ke rumah, Seri menghidangkan nasi ciptaannya itu kepada ibunya. Mak Kuntum berasa terperanjat melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. "Apa kau masak ni, Seri?" Jawapan Seri : "Nasi le! Mak!" Seri jawab dengan berulang kali. Mak Kuntum bertanyakan lagi kepada Seri. Seri menjawap dengan jawapan yang sama : "Nasi le mak!", "Nasi le mak!", "Nasi le mak!". Semenjak hari itu, nasi tersebut dikenali sebagai Nasi Lemak.

Nasi Lemak adalah sesuatu makanan yang dilipatkan dengan daun pisang dalam bentuk segitiga dan merupakan makanan Melayu kegemaran bagi orang Malaysia, Indonesia dan Singapura, terutama sebagai sarapan pada waktu pagi dan minum petang. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, Nasi Lemak lazim ditemukan di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi Lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa untuk menambah rasa lemaknya yang lazat. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa Nasi Lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Selain daripada itu, Nasi Lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Tetapi pada masa kini, Nasi Lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada ramai yang suka memasak Nasi Lemak dengan lauk khinzir.

Nasi Lemak lazimnya terkenal dan disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara di Jakarta, hidangan yang mirip Nasi Lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Manakala di Aceh, hidangan yang mirip Nasi Lemak disebut nasi gurih. Pada masa sekarang, Nasi Lemak telah diubahsuai dengan dihidangkan pelbagai jenis lauk pauk dan diterima umum untuk menjadikannya sebagai punca pendapatan kepada peniaga.

Pada masa kini, Nasi Lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi dan minum petang. Malahan, ramai orang juga suka menikmati Nasi Lemak pada waktu malam atau sebagai jamuan. Oleh sebab itu, Nasi Lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan terkenal ini semakin mudah didapati di mana-mana kedai atau gerai sahaja. Biasanya harga semasa untuk Nasi Lemak adalah berada di dalam lingkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.

 Bahan-Bahan untuk Nasi Lemak (4-6 orang)

Bahan untuk Nasi

  • 2 cawan beras 
  • 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cawan santan pekat n 1 1/2 cawan air) 
  • 1 helai daun pandan - disimpul 
  • 3 hirisan halia 
  • secubit garam 



Bahan-bahan untuk Sambal


  • 2 cawan ikan bilis 
  • 20 tangkai cili kering dikisar halus 
  • 3 labu bawang besar juga dikisar halus 
  • 3 bawang merah 
  • 2 bawang putih 
  • Sedikit halia 
  • 1 cawan air asam jawa 
  • 2 labu bawang besar dimayang kasar 
  • 2 sudu besar gula 
  • Garam secukup rasa 
  • Sedikit belacan (atas citarasa sendiri ingin masukkan atau tidak) 



Bahan Sampingan Lain


  • Ikan bilis goring, telur rebus dan timun. 



Cara-Cara untuk menyediakan Nasi Lemak


Basuh beras sebersihnya dan rendam dalam air bersih selama 3-4 jam. Sehingga beras nampak sedikit memanhang dan kembang. Jika hendak masak pada siang pagi, sebaik mungkin merendam dari malam atau semalaman. Selepas bangun pagi sudah boleh terus kukus.

Basuh beras sepintas lalu dan panas air dalam pengukus anda. Selepas air sudah menggelegak, kukus beras tadi dalam pengukus yang telah dilapik dengan daun pisang mengikut suka hati. semasa mengukus, cucuk beras dengan cari supaya nampak macam berlubang-lubang untuk pengewapan. Kukus selama lebih kurang 20 minit.

Selepas 20 minit dikukus, angkat beras tadi dan gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan sedikit garam, gula dan hirisan halia. gaulkan ke atas beras dalam keadaan panas dan biarkan beras yang telah bersalut santan seketika dalam masa lebih kurang 15 minit.

Setelah dibiarkan selama 15 minit, kukus semula beras tadi disertakan dengan beberapa helai daun pandan. Kukus semula beras tadi sehingga beras kelihatan menjadi nasi, kelihatan berderai, cantik dan santan habis terserap pada beras. Seperti biasa semasa mengukus, membuat lubang dalam beras dengan jari supaya beras akan masak sekata.


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Lemak 


1) Basuh beras beberapa kali. Masukkan santan, air, halia dan daun pandan yang disimpul.

2) Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak.

3) Rendam beras itu selama lebih kurang 20 minit sebelum tanak.

4) Boleh dihidangkan dengan telur rebus, timum, kacang dan ikan bilis goring.


Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal 


5) Goreng ikan bilis bersama bawang besar yang telah dihiris untuk seketika. Tidak perlu goring sampai garing. Secukup sekadar nampak kelayuan.

6) Kisarkan cili kering, 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, sepotong halia dan sedikit belacan.

7) Tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dengan api pelahan. Kacau sesekali dan apabila kelihatan sedikit garing, tambahkan air mengikut kuantiti kuah yang cukup. Biarkan lagi sehingga mendidih dan nampak seperti pecah minyak dan warna kelihatan merah cantik.

8) Masukkan 2 sudu besar gula, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing.



9) Setelah berpuas hati, masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah digoreng tadi. Kacau untuk seketika bagi rasa itu diserap.

10) Setelah sambal itu nampak sudah cukup pekat, api boleh ditutupkan dengan segera.

Nasi Lemak pada asalnya bukan merupakan makanan sarapan harian atau minim petang dan bukan wajib untuk masyarakat Melayu sahaja pada umumnya. Amalan pemakanan Nasi Lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan/ bungkusan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Nasi Lemak memang merupakan sesuatu makanan yang istimewa dan sesuai dihidangkan pada bila-bila masa.

Oleh kerana Nasi Lemak mempunyai jumlah kalori/ tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk memebekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, menjadikan Nasi Lemak sebagai bekalan untuk santapan mereka selepas membanting keringat.(Asal Usul)


Demikianlah Artikel Asal Usul Nasi Lemak, isaku-ikisu

Sekianlah artikel Asal Usul Nasi Lemak, isaku-ikisu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Asal Usul Nasi Lemak, isaku-ikisu dengan alamat link https://isaku-ikisu.blogspot.com/2015/11/asal-usul-nasi-lemak-isaku-ikisu.html

0 Response to "Asal Usul Nasi Lemak, isaku-ikisu "

Post a Comment